Day 2 : Hozugawa River & Bamboo Groves Arashiyama

Yeay harini dah masuk hari ke 2 kami di Jepun. Lepas subuh je, saya n kawan2 yang lain siapkan breakfast untuk bekalan nanti di Hozugawa River dan Arashiyama. Kami keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi dan terus ke Kyoto Station..dari situ kami naik JR train yang akan bawa kami terus ke Arashiyama.. Untuk pengetahuan, di sana mempunyai 2 kenderaan yg popular yang akan membawa kita terokai seluruh Arashiyama dan Kameoka iaitu Hozu River Boat Tour dan juga Saga Scenic Railway. Boleh pilih salah satu or ulang alik untuk naik 2 2 nya sekali. :)

Hozu River Boat Tour merupakan sightseeing boat dari Kameoka menuju ke Arashiyama. Boat ini menggunakan cara tradisional je dengan menggunakan buluh kayu utk menolak sampan n ada 3 orang yang akan tolak sampan ni. Tengok abg2 yang duk tolak sampan tu kurus je, tp kat tangan berketul baq hang.


Cara2 ke Hozu River Boat Tour :

Dari Kyoto Station, naik JR Sagano Line ke JR Kameoka Station (410 yen ). Turun train je, berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke kaunter tiket menaiki boat. Harga tiket untuk boat tour ni 4100 yen n perjalanan boat ni mengambil masa lebih kurang 2 jam.

 Operation hours fr 9.00am till 3.30pm. http://www.japan-guide.com/e/e3966.html @ http://www.hozugawakudari.jp/en/



Morning! Gambar ni di hadapan Kameoka Station..Jeng jeng ada budak duk sengih2 syok nak naik bot lepas ni. Tak dapat naik bot di Malaysia, naik di Jepun pon jadi la..ekeke

Turun je JR train di Kameoka Station, relaks dulu jap ambil gambar..dari sini kami berjalan kaki saja. Just ikut orang n kalo xpasti tanya orang2 Japanese di sekitar tuu.


Yukkk jalan lagiii..


Jalan terus je..sampai nampak jambatan tu dah nak sampai kaunter tiket untuk naik bot.. yehaaa gambate gambate gambatee ( sambil hentak2 kaki nak nari). Tu ha, gambar lori sampah Jepun. tengok bersih ja xda sampah pun..memang Jepun ni sangat bersih nak cari sampah secoek pun susah.


Tadi duk nari gambate...ni dah atas bot pun.haha..cuaca nampak panas, tapi sejuk grrr dingin. Atas bot ni ada 3 orang pengayuh sampan. Sorang tolak di hadapan, sorang tengah beri penerangan pasal sejarah sungai ni dan yang sorang lagi abang sado duk control di belakang.. yukk kayuh..kayuhh lagi bahh.. Semoga selamat sampai ke Arashiyama.

Air tenang mengalir..





Heee! tadi abang sado di belakang, sekarang tokwan tu pula di belakang..diaorg gilir gilir..

Tokwan Power!

Kuat tokwan ni

  Air dah makin lajuu..sejukk


Sepanjang sungai ni terdapat bunga2 sakura yang sedang berkembang..tenang sangat.



Terdapat juga bot lain yang menjual makanan...gue amik bau jer grill squid tuu. nak beli ajim x bagi.hukhuk


Bebola ikan pun ada...bau pun dah sedap dengan cuaca sejuk lagi..perut ni cepat je duk bunyi. haish haish ko ni da kenapa perut..





Finally we arrived at Arashiyama..Alhamdulillah. Dekat sini ramai pelancong yang sy jumpa. Kebanyakan dari negara China dan Thailand. Dari sini, kami hanya berjalan kaki menikmati pemandangan. Indah sungguh ciptaanNya..


Orang2 Jepun ni baik2 belaka..walaupon nak ckp dengan diaorg cam itik dengan ayam.hehe




Kami 2 orang baru kawen..kasi chance laa nak photoshoot jap.hihihi.. Gigih bawa baju kurung n baju melayu mai Jepun..hope dapat tunjuk dekat anak cucu kelak, tok nek n tok wan depa dah sampai ke Jepun ni haa. :p

Acece...


Kurung vs Kimono. Mana hat comey lg?hikhok :p


senyuman manis dari gadis kimono..



Cherry blossom aka sakura in Japan. Subhanallah cantik sangat..



Kami mengambil angin di sekitar Arashiyama lebih kurang 3 ke 4 jam. Antara tempat2 yang kami lawati termasuk tenryuji temple, togetsukyo bridge n bamboo groves..Kesemua tempat tu kami pergi just ikut flow orang ramai n gps..kerana untuk sampai ke suatu tempat tu sendiri mempunyai banyak jalan. so better pakai gps or tanya penduduk kawasan berhampiran.


Kasi chance ahh satu kali lagi...hihi


Alip-san

Authentic Japanese House


Kawasan seperti bamboo groves, tenryuji temples adalah berdekatan di antara satu sama lain dan hanya berjalan kaki saja.



 Bamboo groves...





Sambil jalan terjumpa pula dengan ais krim green tea.. Wajib cuba once dah sampai Jepun. Sedap sangat tau! Famous ais krim ni dalam kalangan pelancong. Kedai ais krim ni banyak saya jumpa sepanjang di bandar Arashiyama ni..slurrpp..


Ini kedai nyerr

 Ha.. tengok tengok gak..mulut tutup tau. kang meleleh air liuq tu. hihihi


Ada 3 perasa : mixed soya n green tea, soya only n green tea only. Harga semua sama aja..First time makan ais krim soya. Sedap! 


Lepas dah penat berjalan, kami singgah di satu tempat ni xsure nama apa..Dah dekat situ je pun yang ada meja n kerusi untuk letak makanan..mula2 kitaorg teragak agak jugak nak makan situ.. tempat cam cantik jer, cam comel jer...kang tengah2 makan ada jugak yang kena halau ni... kami redho dan tawakal jer buka bekalan makanan yang kononnya untuk breakfast tadi.haha.. tengok jam dah nak pukul 2 petang..apalagi terus sebat makanan yang ada..bismillah kami xlupa baca tau..heheh

Sambil makan sambil usha kereta api berwarna warni ulang alik di sebelah kami ni haa..


Atas tu ada cctv. ko jangan memain..


Ni bekalan yang kami bawa..ada serunding daging, sambal hitam pahang, sambal ikan bilis manis, sambal ikan bilis pedas terangkat nauuu nauuu, roti telor, kicap saus manis, buah kiwi n epal siam..onomnomnom..


Alhamdulillah


Terpancar muka happy sangat sebab dapat makan..ahakss



Kenderaan khas untuk orang2 tua or orang2 kurang upaya.


One of the pretties sakura bak kata Kak Emmi
Shoot sat sbelum sampai rumah

Kak Emmi


Makan Malam: 
Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun bergerak pulang ke guesthouse kami..Penat dah seharian berjalan di pekan Arashiyama..Rindu sangat dengan pekan ni.. pekan yang tenang dan damai dimana sejarah dan warisannya terjaga hingga sekarang.. Dari Arashiyama Station kami terus ke Kyoto Station dan seterusnya tiba di homestay kami lebih kurang 2 jam kemudian..Oh ya, kami dinner di Restoran Ayam Ya..restoran halal kepunyaan orang Indonesia yang menetap di Jepun.

Cara2 ke Restoran Ayam Ya :

Berjalan kaki lebih kurang 20 minit dari JR Kyoto Train Station.

Buka : 11.30am till 14.30pm / 18am till 22pm
Tutup : Ahad dan hari cuti umum




Ramen ni boleh pilih yang spicy atau pun tak..me prefer yang spicy..hehe




Midah kat Jepun senyum ja. Kaki sakit pun senyum ja..cemtu la yang kita mauu.meoww!




On the way balik ke guesthouse, sempat lagi grab kueh mochi ni dekat family mart berdekatan..Duk usha je gambar icon ni dekat whatsapp..at last dapat merasa jugak makan.sedap weyy!


Kueh mochi..ada inti kacang merah di dalam..rasa kenyal di luar..


Kalau taknak pening-pening decide kat mana nak visit attraction area Osaka & Kyoto try guna Naracards Pocket Travel Guide ni. Murah ja. 
Order kat link ni :Osaka & Kyoto Pocket Guide


Thanks for reading! Hingga ketemu di hari ke3..peace yo :)
AJIMINA






1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Terima kasih kerana berkongsi info. InsyaAllah saya juga akan cuba pengalaman naik Hozugawa River Boat Ride Disember ini =)

    BalasPadam