Day 3 : Kiyomizudera, Maruyama Park & Gion Street



Hari ni hari ke3 kami di Kyoto, Jepun. Sesudah subuh kami bergerak ke destinasi pertama iaitu Kiyomizudera! Tempat ni pun famous di Kyoto dan termasuk dalam salah senarai UNESCO world heritage sites tau..kami tak prepare breakfast pun..sebab plan untuk merasa makanan halal di Gion nanti. Kami keluar dari guesthouse lebih kurang pukul 8 pagi..


Sementara tunggu yang lain bersiap, aku & Alip jalan-jalan sekitar kawasan guesthouse
Not your typical loceng kaki
Sakura everywhere

KIYOMIZUDERA
Ok, Kiyomizudera diambil nama dari air terjun yang mengalir di tebing bukit. Kiyomizu ertinya air yang murni atau suci dan Dera ertinya kuil. Bangunan utamanya dibuat daripada kayu dengan sebuah beranda luas dan disokong dengan tiang tiang kayu di sisi sebuah bukit. Dibawahnya pula terbentang pemandangan hijau pepohon yang rimbun..Jom2 kita tengok apa yang best di sini..kebetulan sampai disini hujan renyai2..

Cara ke Kiyomizudera ada 2:

1) Ambil bas no 100 ( 20 min, 230 yen). Turun di Gojo zaka @ Kiyomizu michi bus stop.. dari situ untuk sampai ke Kiyomizudera lebih kurang 10 minit..

2) Dari Kyoto Station. naik subway Keihan Railway Line, turun di Kiyomizu Gojo Station..dari station tu berjalan kaki lebih kurang 20 minit.

Operation Hours : 6:00 to 18:00 (until 18:30 semasa hujung minggu / cuti umum). 

Kiyomizudera Temple ni dibuka setiap hari dan bayaran masuk sebanyak 400 yen.

Oh ya, Kiyomizudera ada event yang dipanggil Spring & Fall Illumination yang berlangsung pada pertengahan March sehingga pertengahan April (spring) dan berlangsung juga pada pertengahan November sehingga awal December (autumn). Event ni sangat cantik pada waktu malam kerana ada banyak lampu2 sepanjang kuil ni..wajib try uolls! :) yukk layan gambar2 sepanjang kami di sini..


Gedikzz timee...hihi


Time ni hujan renyai2...

Waktu ni ramai sangat orang...peak season coz musim sakura tengah berkembang...nak cari hotel nearby Kyoto Station pun habissss...






Ni gambar google.Kami tak sempat nak merasa suasana waktu malam. huhu. Ni la spring and fall illumination event tuu..cantik sangat!

Lepas abih lompat2 n ambil angin di Kiyomizudera temple, kami meneruskan perjalanan ke Maruyama Park pula..sama macam hari ke 2 kami hanya berjalan kaki saja kerana tempat2 pelancongan di Jepun ni dekat dekat jer..tiap hari berjalan boleh kurus wey. Exercise kater nyerr heee..

MARUYAMA PARK
Semasa musim sakura, park ini menjadi tempat yang paling crowded dan popular untuk berkelah (hanami).
Kalo korang nak make sure betul ke tak dah sampai Maruyama Park, ada satu pohon sakura yang besar sangat terletak di tengah2 park tu..kalo ada, haa betul la tu korang dah sampai!

Cara2 ke Maruyama Park :

1) Dari Kiyomizudera Temple ke Maruyama Park hanya 20 minit berjalan kaki. Kami guna gps n tengok flow orang ramai jer.haha

2) Dari Kyoto Station, ambil bas bernombor 100 dan turun di Gion bus stop. Perjalanan lebih kurang 20 minit..park ni di belakang Yasaka Shrines.


Tu pohon sakura yang saya maksudkan..the big big one


Hanami time! ni bekalan yang kami beli. Strawberry ni kami beli semasa on the way datang ke park.ermm sedap n manis sangat.



 wefieee.. ;)



 Sakura di setiap pelusuk negeri tempat.



Kasi chance laa posing jap ngan sakura..jakun nih. hihi. Lepas hampir 2 jam dekat park ni.. kami pun beransur pulang dan plan hendak ke Gion pula..jalan punya jalan lagi, tetiba ada sorang uncle ni berbahasa melayu tegur kami.. Uncle ni asal dari India dan sudah menetap di Jepun lebih kurang 10 tahun..boleh bertutur bahasa malaysia/indonesia, mandarin n japan..dia jemput kami untuk merasa makanan halal yang dijualnya..ayam tandoori!

Uncle tu bagi rasa kueh dia buat..nama xsure la..tapi sedap rasanya. nyum nyum 


Ni ha kedai uncle tu...banyak stall di situ. lokasi di Maruyama Park.



 Ni la rupa uncle tuu...pelbagai masakan india yg halal ada dijual..


Ayam tandoori fresh from the oven. ahakss. Kami beli 8 ketul ayam tandoori ni for our dinner nanti..thorbaekk

Lepas selesai beli dinner untuk malam ni, kami meneruskan perjalanan ke Gion.Berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke Gion..jalan relaks jer sambil gelak ketawa.haha. Kami jalan mengikut flow orang ramai n guna google map di henfon saja.
  
 GION
Gion merupakan tempat yang famous di Kyoto di mana pelancong boleh melihat geisha face to face (kalo ada rezeki la.hihi). Please behave bila jumpa geisha or maiko ni sebab saya ada terbaca yang dari tahun ke tahun ramai foreigners yang tak respect diaorang ni..punya excited bila jumpa geisha.

Cara2 ke Gion :
1) Ambil bas bernombor 100 (20 minit, 230 yen) dari Kyoto Station dan turun di Gion bus stop.
2) Dari Kyoto Station,ambil train Keihan Line, turun di Gion Shijo Station (station yang terdekat dengan Gion area)


Jalan lagi yukkk...Time ni ramai sangat orang. 











Kereta antik di Gion corner

 Kena buli dengan ajim. hukhuk


Syukur time kami sampai Jepun sakura tengah kembang mekar..

Dari Gion kami dah dekat dengan restoran halal Gion Naritaya.. sorry saya pun dah tak ingat cara ke sana.. kami ke restoran tu based on google map di tangan n terus jalan..jalan punya jalan alhamdulillah dah nampak dari jauh restoran ni.yehaaa. gambate!


View hadapan Restoran Gion Naritaya..


Menu halal yang ada dijual..

Meja makan kami..sebelah tu tempat solat..

Sedap ramen ni!


View semasa balik ke guesthouse. Buah oren tuu

Aktiviti Malam :

Dah jadi tabiat lepas balik lewat petang dari melawat Kat Jepun kami akan rehat. Dalam pukul 8-9 kami berdua akan keluar tengok dan jalan-jalan malam dalam trip ni. 
Best tengok suasana malam kat Jepun.. udara nyaman.

Rumah

Simpang penting ke Guesthouse dengan subway

Atas jambatan menghala ke Kyoto Tower

duduk sat lenguh kaki jalan siang tadi

sungai kat Kyoto. Air jernih


lepak tepi kedai

comey gas station

dok senyap seminit hehe




Kalau taknak pening-pening decide kat mana nak visit attraction area Osaka & Kyoto try guna Naracards Pocket Travel Guide ni. Murah ja. 
Order kat link ni :Osaka & Kyoto Pcket Guide

Thanks for reading! sehingga ketemu di hari ke 4 di Tokyo..:)
AJIMINA






15 ulasan:

  1. Hanami tu kena bawak tikar sendiri ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak.. diorg ada sediakan kat area tu masa kami visit.

      Padam
  2. Apa nama guesthouse ye? mcm menarik

    BalasPadam
  3. AJIMINA....bila nap update hari ke -4 di Tokyo....nak sambung baca ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat update..if cik ada masa terluang bole baca sambungan di Tokyo pula..

      Padam
  4. salam ajimina,, nk tnye yg trip korea,, sp guesthouse ,,toilet dlm bilik or sharing toilet?

    BalasPadam
  5. Assalam, tgh tggu sambung ke Tokyo sbb kami pun plan nak ke sana - first timer. Terima kasih sbb bg travelog complete dgn guidelines lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat update..tq sbb view blog kami. jika ada masa terluang cik sudah boleh baca sambungan di Tokyo..tq again

      Padam
  6. Hi! Bila nk sambung story? ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat update..jika ada masa terluang cik sudah boleh baca sambungan di Tokyo..tq singgah di page kami.

      Padam
  7. Boleh x nk taw pki cam ape? Lawa gmbr

    BalasPadam
    Balasan
    1. trima kasih.. saya pakai camera nikon d7000 dan gopro hero4

      Padam