Assalamualaikum..Lamanyaaa tak update blog. Okay la pada 2 April 2016, sesudah subuh kami pun checkout dari guesthouse yg dimiliki oleh sepasang suami (american) dan isterinya (japanese). Ya Allah baik sungguh hati mereka singgah bertanyakan apa yang kami perlukan sepanjang tinggal di rumah mereka. Semoga bertemu kalian lg InsyaAllah! Setelah 3 hari berada di Kyoto, kami akan bergerak pula ke
Kami naik Shinkansen Hikari dari Kyoto ke Shinagawa St. dan kemudian bertukar naik JR Yamonate Line ke JR Akihabara St. iaitu selama lebih kurang 2 jam 45 minit.
Selfie dulu sebelum bergerak. Bersedia untuk heret segala bagssss. Time ni cuaca sejuk dingin.. |
Bismillahirrahmanirrahim...semoga selamat perjalanan kami nanti..bye bye Kyoto! hye hye Tokyo.. |
Finally kami tiba juga di JR Akihabara St. Alhamdulillah! Keluar je dari station ni, ini la view yang kami dapat. Terdapat pelbagai jenis kartun animasi di setiap bangunan.. Dulu time kecik2 main masak2 je, kartun tak tengok so tak tahu sangat pasal animasi ni hehehehe. Kawan2 yang lain memang terer kalau tanya setiap satu anime yang ada di bandar Akihabara. :) Akihabara juga dikenali sebagai Electric Town kerana terdapat pelbagai barang elektrik yang saya sendiri tak pernah jumpa di Malaysia or mana-mana. Perghh memang Jepun ni sangat maju.
Jarak di antara JR Akihabara St. ke hotel (REMM AKIHABARA) adalah jalan kaki sahaja n tak sampai 5minit haha. Harus diingatkan bahawa matawang Yen adalah tinggi untuk dibandingkan dengan wang RM so hotel yang kami stay adalah RM 816 untuk satu malam. uhuk pedih jugak lerr.hehe..dan bilik tersebut berkeluasan lebih kurang seperti hotel-hotel bajet di Malaysia iaitu hanya memuatkan cukup untuk 2 luggage besar sahaja.
Boleh check/book hotel tu kat bawah ni :
Remm Akihabara
atau check hotel-hotel lain area Akihabara
Hotel-hotel area Akihabara
Jom layan gambar-gambar..
Akihabara Town! |
waa bestnyerr...sejuk nyerr...rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak beb!hehe poyo |
Banyak sopingg bang? |
Setelah selesai urusan check in di Akihabara Hotel, kami masuk ke dalam bilik untuk solat n urusan membuang apa yang patut then kami terus bergerak ke Shibuya Crossing Tokyo..kami harus bergerak pantas kerana mempunyai hanya 1 hari di Tokyo.haha. Actually plan kami hanya utk cover Kyoto dan Osaka sahaja..tetapi bila difikirkan balik alang2 dah sampai Jepun, nak juga ke Tokyo..akhirnya kami pun ambil keputusan utk ke Tokyo walaupun sehari..dapat juga dapat merasai naik bullet train kan..
Cara-cara ke Shibuya :
Dari JR Akihabara St. naik JR Yamanote Line ke Shibuya St. Nampak kaunter JR pass ikut hallway kiri.
Cara-cara ke Shibuya :
Dari JR Akihabara St. naik JR Yamanote Line ke Shibuya St. Nampak kaunter JR pass ikut hallway kiri.
Yeay dah sampai Shibuya di mana di sini adalah lokasi penggambaran bagi filem Fast N Furious. Kebetulan semasa kami tiba di sana terdapat 'costumed go-kart tours'. Syokla jugak dapat ambil gambar dan juga video go-kart comel ni.hehe. Pelancong luar berpeluang untuk menyewa go-kart ni dan pusing sekitar high-traffic areas seperti Shibuya Crossing, Roppongi, Odaiba dan sekitar Tokyo Tower. Bayaran adalah sebanyak 6000 Yen @ RM 234 untuk satu kepala. Bayaran ni adalah termasuk costume rental, go-kart rental, kos untuk gas, insuran kemalangan, dan gambar yang telah di print di akhir sewaan. Ronda la sepuasnya selama 2 jam ye!hehe..oh ye, nama company ni MariCar dan boleh check diaorang punya website. Maricar Tokyo
Wefieeee. Tokyo adalah lebih sejuk berbanding Kyoto dan ramainyerrr manusia. Kami tiba Shibuya pun dah petang dan tak pasti sama ada time ni orang Jepun baru balik kerja ke apa. |
Suasana waktu malam di Shibuya. Bertambah tambah sejuknya lahaiii even bukan musim winter.hikss |
Selepas selesai membeli jam dan segala gajet di Shibuya ditambah pula dengan angin sejuk malam perut pun mula ketaq-ketaq lapaq. huhu.. Kami pun google restoran halal berhampiran bandar Shibuya. Lepas bercakap bahasa itik dan ayam dengan taxi driver, alhamdulillah sampai jugak Restoran Upin Ipin.Makanan yang disediakan adalah makanan Jepun tapi bagi saya tekak ini masih boleh menerimanya.hehe Makanan di sini adalah halal dan menu mempunyai halal certificate dari Malaysia. Harga adalah ok ok iaitu di antara RM30 ke RM50 untuk seorang bergantung pada jenis makanan.
Selamat datang ke Restoran Upin dan Ipin ya kawan-kawan! :) |
Fokus masak ka bang? |
Tak ingat dan tak tau nama Jepun nya apa tapi ini sajo menu yang tinggal. Nampak seperti Nasi goreng dengan ayam 2 ketoi.ehhee |
Dan juga menu ini..rupa macam ayam gunting di pasar malam Sepang yang selalu aku beli lepas balik kerja..bezanya ni ada hirisan |
Gambar-gambar di dinding semua bertemakan Upin dan Ipin..Bergambar kenangan untuk kali terakhir cewahh!.. Panjang umur bertemu lagi ya..bye bye. Website restoran : Restaurant Ippin Tokyo boleh try cari hotel-hotel area Tokyo kat bawah ni ya : |
Booking.com
Kalau taknak pening-pening decide kat mana nak visit attraction area Osaka & Kyoto try guna Naracards Pocket Travel Guide ni. Murah ja.
Order kat link ni :Osaka & Kyoto Pcket Guide
Tengok-tengok hotel area Kyoto kat bawah ni :
Setakat ini saja penulisan saya di Tokyo..Ketemu lagi di next entri day 5 di Mount Hakuba. Mount yang dipenuhi salji walaupun di musim Spring/Bunga..Thank You!
-AJIMINA-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan