Day 5 : Main salji di Jepun (Mount Hakuba) musim Spring 日本での雪

Maaf gambar kurang sesuai untuk ditonton tapi tulaa excited nak pi Mount hakuba ni heee
Pada 3 April 2016, sesudah subuh kami pun bergerak untuk ke Mount Hakuba. Motif nak pegi main salji hehehe. Dalam hati minta-minta la snow masih ada..Dari Remm Akihabara Hotel, kami menuju ke Shinjuku Station sambil mengheret bagsss yang super berat. Route ke Mount Hakuba ni ada banyak pilihan kalau korang buka website Hyperdia.com. Di bawah ini adalah print screen route yang kami pilih untuk ke sana dan mengapa kami pilih route ini coz tak perlu untuk transfer banyak tempat selain tidak perlu mengeluarkan wang, hanya menggunakan JR pass yang telah dibeli tempoh hari.

Route ke Mount Hakuba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam 40 min. 





Budak ni pun excited jugak nak pi Mount Hakuba 

Ini adalah last train ke Mount Hakuba. Train ni pendek je lebih kurang luas untuk satu gerabak. Maaf bags tidak tersusun dan berselerak. Time ni hanya ada one family group n group kami sahaja.

View sepanjang perjalanan ke Hakuba. Tenang sangat..




Indah cipataan Tuhan




After almost 5 hours, kami tiba pun sampai ke Mount Hakuba. Alhamdulillah! Jarak dari Hakuba Station ke hotel yang kami duduk hanya berjalan kaki sahaja lebih kurang 5-7 minit berjalan kaki. Slow2 kami heret bags ke Royal Hakuba Hotel hehe. Sesampai je di sana, kami di sambut oleh staffs hotel tersebut yang sangat peramah tetapi ada sikit masalah komunikasi sebab most of them tidak fasih berbahasa Inggeris. Its okay yang penting diaorang sangat baik hati dan saling hormat menghormati.


Welcome to Hakuba! nampak tak snowcapped mountain tuuu..

Dah tazabarrr...ehehh

Dari Hakuba station kami berjalan kaki ke Hotel Royal Hakuba

Bilik standard twin room

Lobby

Sekitar hotel

View Mount Hakuba dari bilik hotel

Saya bagi link kat bawah ni untuk tengok/book hotel tersebut
Hakuba Royal Hotel 

So lepas check-in hotel dan solat, kami terus minta tolong staff hotel tersebut panggil kan taxi untuk ke Hakuba 47 Ski Resort. (Perjalanan kurang daripada 15 minit)

Ticket counter  di Hakuba 47 Ski Resort. Bayaran dikenakan untuk round trip gondola adalah sebanyak
¥1,600 @ RM 63.00

Sekitar Hakuba 47 Ski Resort. Gondola berada di dalam bangunan di sebelah kanan tu

Atas gondola. Cermin gondola banyak calar huhu



Dah sampai kat atas gunung. 

Experience snow for the 1st time heee!






Alip syok ka main salji?




Ice ice baby :D

Snow slop untuk ski.

Before impact.







Group photo. Thank you staff hakuba tolong snap.

So lepas tu minta Hakuba staff tolong call kan taxi untuk bawa balik kami ke hotel semula.
Lepas rehat-rehat saya dan Alif keluar untuk enjoy suasana malam. 


Kami jalan hampir 2 km pergi balik ke Aeon Mall Hakuba. BTW Hakuba waktu malam mcm ghost town. Tak ada aktiviti sangat.

Dalam Mall. Saja beli sebab cute hehe

Beli dari vending machine. Beli sebab nak panaskan tangan masa otw balik ke hotel.

Berakhirlah cerita kami di sini. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mendamaikan. Kami tinggal 1 hari sahaja di Mount Hakuba. Nantikan sambungan cerita kami pada hari 6 di Osaka. Terima kasih!.


*BONUS
Kalau taknak pening-pening decide kat mana nak visit attraction area Osaka & Kyoto try guna Naracards Pocket Travel Guide ni. Murah ja. 
Order kat link ni :Osaka & Kyoto Pcket Guide


- AJIMINA-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan