Day 2 : Trip to Seoul, Korea




 Good morningggggggg Itaewon!  4 degrees.
Me at main road from guesthouse to Subway
Hari ini hari ke 2 kami di kota Seoul.Sesudah subuh je kami terus bersiap utk meneruskan perjalanan ke Namdaemun market.Tempat ni wajib, wajib dan wajib pergi.hehe.Bersedia jgk dari segi kewangan anda yea! Shop till drop guys :) Kami keluar dari guesthouse lebih kurang 7am dan tiba ke Namdaemun market 7.30am. Guesthouse yg kami tinggal terletak tidak jauh dari namdaemun market so dapatlah sampai awal. Sesampai je area situ, byk kedai kelihatan tutup lagi..kami berpusing2 di kawasan situ utk mencari bangunan berwarna hijau bernama E-LENGDANG. 

Once jejak je kaki ke dalam bangunan tu (tingkat 2), OMG bersinar sinar mata ini! haha.pelbagai jenis brooch, gelang, rantai n etc dijual di sini.Sebab itu tempat ini wajib dikunjungi bila anda sampai ke Korea. Kami singgah di kedai bernombor 168. Harga brooch di sini dijual bermula pada harga 1000 won hingga 30,000 won bergantung pada jenis saiz dan batu pada brooch. Saya dan kawan2 tidak melepaskan peluang utk shopping di sini. Ada yg beli utk berniaga, dan sebagai cenderamata utk keluarga dan rakan2.

Cara2 ke Namdaemun Market :
Ke Hoehyeon Station (line 4), exit#6. Keluar je dari pintu exit 6, jalan terus lbh kurang 100 meter sampai nampak satu lorong di sebelah kanan anda.Belok kanan je anda dah pun sampai di Namdaemun Market.

P/S: Namdaemun Market dibuka bermula 7am sehingga 4pm. Hari sabtu kedai bermula pukul 7am-12pm..Malangnya  Namdaemun market ditutup pada hari ahad. :(


Brooches cumel-cumel & murah

suka ya beli brooch :D


Mass-production of accessories here.
Lu bawak awek lu. lu bawak mak lu.. selamat menunggu la~

Selepas lebih kurang 4 jam hilang kesedaran dan hilang duit di Namdaemun Market (hehe), kami singgah sebentar utk mengisi perut di kedai berhampiran sebelum meneruskan perjalanan ke Namsan Tower.Sepanjang perjalanan di kota Seoul kami lebih byk menggunakan subway dan berjalan kaki ke semua tempat.Agaknya kalo tinggal di Korea lebih dari 10 hari mungkin bleh kurus slim melim asyik berjalan kaki.Berbeza di Malaysia, pergi di kedai depan rumah pun nak naik kereta.haha.

Utk ke Namsan Tower ada 3 cara:

i) Ke Myeongdong Station (line 4), exit#3..jalan terus melepasi 7 eleven sampai jumpa Pacific hotel. Berdiri berdepan dgn Pacific Hotel, pilih lorong di sebelah kiri anda. jalan terus mendaki bukit hingga ke cable car.cara ini sgt penat kerana perlu mendaki beratus2 anak tangga utk sampai ke puncak.
ii) Dengan menaiki Namsan Oreumi..Ke Myeongdong Station (line 4), exit# 4..jalan terus sampai jumpa building Slate Tower near road junction. Belok kiri dan jalan terus sampai ke penghujung.(akan nampak Namsan Oreumi selepas belok ke kiri.)
iii) Dengan menaiki bas.

Oh yea, kami memilih cara ke ii utk sampai ke puncak Namsan Tower.yehaaaa!


Now we're on our way to Namsan Tower A.K.A Seoul Tower


Near Seoul Tower Entrance
Harga ticket 8,500 Won (return) dalam RM28.00
Namsan Oreumi..menuju ke cable car station
2nd steps: menaiki cable car selepas namsan oreumi. gambar ni dari atas cable car
After loss about some kilos, finally we are hereeee!! the Summit of Seoul Tower. yeayyy sampai sudah..perjalanan yg jauh  tp puas. :)


Enjoy the view
Musim spring byk ranting2 kayu..sejukkkk.


muka2 budak dari Kedah sampai ke Korea..hehe :)


with beloved friends..susah,senang, sesat bersama :)








Wait for our 3rd days yea! :)

Update : Untuk lagi senang masa travel kat Korea boleh try guna Naracards ni. Lg senang, tak perlu hafal-hafal sgt jalan or lane. Informasi yang ada di setiap kad termasuk nama destinasi, alamat, nombor telefon, pnduan kemudahan awam, maps untuk bantuan arah perjalanan dan juga gambar destinasi sebagai rujukan. Click kat Sini or tengok video di bawah untuk maklumat lanjut:




Nak beli ? order kat sini : Naracards Pocket Guide Korea




29 ulasan:

  1. Biasanya bulan berapa yang best pergi korea? Btw saya suka blog ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best time spring (mac-april) coz bole tgk sakura, autumn season (oct-nov) pun best coz bole tgk daun pelbagai warna n last winter (dec-feb) bole main dgn snow..depend yg mana plg u suka :)

      Padam
  2. Just nk tnye.. uolls pegi travel by own ke

    BalasPadam
  3. Just nk tnye.. uolls pegi travel by own ke

    BalasPadam
  4. Pergi pakage agency Apa nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pakai pakej apa2.. kami sendiri explore

      Padam
  5. Salam :) senang tak nak communicate kalau tak pandai berbahasa korea ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. diaorg tak brapa fasih dalam english tapi if kita tunjuk gambar or petak diaorg faham. Or macam kami, kami cari yang muda-muda sikit so percentage utk diaorg faham lbh tggi in english haha

      Padam
  6. Bila tarikh yg pergi jan 2017 tu?? sy pegi 23/01-29/01..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tarikh Jan 2017 tu kami dah tukar ke 1-7 Nov 2016 ni sebab kami bawa Mak & makcik so takut diaorg tak tahan sejuk.. bulan 1 bolehla main2 salji nanti kat Nami Island or Mount Sorakan. Pegi skating festival pon best :)

      Padam
  7. ade ittiniary ke. nak blh ke... ehehehheeheh

    BalasPadam
  8. Sy pegi korea sekali lg same date as yours nak merasa autumn pulak kat sana!

    BalasPadam
  9. Sy pegi korea sekali lg same date as yours nak merasa autumn pulak kat sana!

    BalasPadam
  10. Baru jer balik dr berkursus di korea selama 10 hr dr 9hb hingga 19hb..4hr slm blk ..stay kt sejong hotel dkt myeondong..berdekatan dgn namdaemon market...tersilap baca info..ingatkn broach murah jual kt dangdaemon rupanya namdaemon..itu pun setelah baca blok awak nie.. dah balik bru jumpa kedainya.. tp woon dah tinggal sikit..dpt bli sikit jer...tq atas info.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Harga naik cable car berapa ya? 8,500 won tu round tiket utk apa je ye? 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup round ticket 8500 :) boleh wakil sorg je g beli if datang ramai & the rest boleh terus tunggu kat waiting room di tingkat dua..

      Padam
  13. hai dik...sorry akk nak tanya la..akk akan ke korea dan duduk di sp@itaewon tu... contoh mcm nak g namsan park naik oreoumi tu..maknanya dr stesen subway berdekatan guesthouse tu la ye then cr ke myeongdong.. nama subway station yg kt guesthouse tu apa ye

    BalasPadam
  14. subway station kat guesthouse namany Itaewon Station. saya rasa kak naik ja taxi ke namsan tower. sebab dekat sgt.. jimat masa n fare taxi pon xmahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok dik teria kasih sgt...sangat membantu :)

      Padam
  15. Saya Akan ke Korea 21/1/17 nie.,stay kt ve du Juan station.,dr airports subway line mn yer nk naik..tq

    BalasPadam
  16. oh ye boleh x nk betulkan cara 1 dari myeondong stn tu? bukan daki anak tangga tapi mendaki bukit.. hahahah kami pergi lalu situ balik baru guna ormi cable car.. saja try both.

    BalasPadam
    Balasan
    1. athirah.. nak tanye.. ormi cable car tu nak amik kt mana eh.. bace kat atas.. x clear sebelah mana..

      Padam
    2. athirah.. nak tanye.. ormi cable car tu nak amik kt mana eh.. bace kat atas.. x clear sebelah mana..

      Padam
  17. sy akan menginap di iteawon pada feb.. tp saya tk tahu mcm mana saya nk gerak dari sana ke beberapa tmpt... ada laman web yg blh membantu saya ke yg patut saya study dari skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami print map seoul and mmg mostly guna map yg ada di tangan. lagi satu boleh try mobile app seoul subway atau eh cuba tgk web ni http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do untuk semak stesen dan harga.

      Padam
  18. As salam.. sya pn tertarik dgn pengalaman ajima.. in sha allah akn ke korea dlm thun depan.. boleh x emailkn sya iternary & kos perbelanjaan kt sana.. paito_89@yahoo.com

    BalasPadam

  19. Jom ke Korea musim luruh 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Seoul! Promosi valid sehingga 30/11/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    BalasPadam