Day 5 : Main salji di Jepun (Mount Hakuba) musim Spring 日本での雪

Maaf gambar kurang sesuai untuk ditonton tapi tulaa excited nak pi Mount hakuba ni heee
Pada 3 April 2016, sesudah subuh kami pun bergerak untuk ke Mount Hakuba. Motif nak pegi main salji hehehe. Dalam hati minta-minta la snow masih ada..Dari Remm Akihabara Hotel, kami menuju ke Shinjuku Station sambil mengheret bagsss yang super berat. Route ke Mount Hakuba ni ada banyak pilihan kalau korang buka website Hyperdia.com. Di bawah ini adalah print screen route yang kami pilih untuk ke sana dan mengapa kami pilih route ini coz tak perlu untuk transfer banyak tempat selain tidak perlu mengeluarkan wang, hanya menggunakan JR pass yang telah dibeli tempoh hari.

Route ke Mount Hakuba. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam 40 min. 





Budak ni pun excited jugak nak pi Mount Hakuba 

Ini adalah last train ke Mount Hakuba. Train ni pendek je lebih kurang luas untuk satu gerabak. Maaf bags tidak tersusun dan berselerak. Time ni hanya ada one family group n group kami sahaja.

View sepanjang perjalanan ke Hakuba. Tenang sangat..




Indah cipataan Tuhan




After almost 5 hours, kami tiba pun sampai ke Mount Hakuba. Alhamdulillah! Jarak dari Hakuba Station ke hotel yang kami duduk hanya berjalan kaki sahaja lebih kurang 5-7 minit berjalan kaki. Slow2 kami heret bags ke Royal Hakuba Hotel hehe. Sesampai je di sana, kami di sambut oleh staffs hotel tersebut yang sangat peramah tetapi ada sikit masalah komunikasi sebab most of them tidak fasih berbahasa Inggeris. Its okay yang penting diaorang sangat baik hati dan saling hormat menghormati.


Welcome to Hakuba! nampak tak snowcapped mountain tuuu..

Dah tazabarrr...ehehh

Dari Hakuba station kami berjalan kaki ke Hotel Royal Hakuba

Bilik standard twin room

Lobby

Sekitar hotel

View Mount Hakuba dari bilik hotel

Saya bagi link kat bawah ni untuk tengok/book hotel tersebut
Hakuba Royal Hotel 

So lepas check-in hotel dan solat, kami terus minta tolong staff hotel tersebut panggil kan taxi untuk ke Hakuba 47 Ski Resort. (Perjalanan kurang daripada 15 minit)

Ticket counter  di Hakuba 47 Ski Resort. Bayaran dikenakan untuk round trip gondola adalah sebanyak
¥1,600 @ RM 63.00

Sekitar Hakuba 47 Ski Resort. Gondola berada di dalam bangunan di sebelah kanan tu

Atas gondola. Cermin gondola banyak calar huhu



Dah sampai kat atas gunung. 

Experience snow for the 1st time heee!






Alip syok ka main salji?




Ice ice baby :D

Snow slop untuk ski.

Before impact.







Group photo. Thank you staff hakuba tolong snap.

So lepas tu minta Hakuba staff tolong call kan taxi untuk bawa balik kami ke hotel semula.
Lepas rehat-rehat saya dan Alif keluar untuk enjoy suasana malam. 


Kami jalan hampir 2 km pergi balik ke Aeon Mall Hakuba. BTW Hakuba waktu malam mcm ghost town. Tak ada aktiviti sangat.

Dalam Mall. Saja beli sebab cute hehe

Beli dari vending machine. Beli sebab nak panaskan tangan masa otw balik ke hotel.

Berakhirlah cerita kami di sini. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mendamaikan. Kami tinggal 1 hari sahaja di Mount Hakuba. Nantikan sambungan cerita kami pada hari 6 di Osaka. Terima kasih!.


*BONUS
Kalau taknak pening-pening decide kat mana nak visit attraction area Osaka & Kyoto try guna Naracards Pocket Travel Guide ni. Murah ja. 
Order kat link ni :Osaka & Kyoto Pcket Guide


- AJIMINA-


Pengalaman bercuti ke Korea musim luruh (Autumn) 한국의 가을 - Day 1



sneak peak Pulau Nami in Autumn buat pembakar semangat untuk membaca hehe..
  Alhamdulillah pada tanggal 1 Nov 2016, kami selamat tiba di Seoul Korea untuk kali kedua. Kali ni kami nak try musim luruh bersama our mum & aunties. Actually kami dah book tiket untuk trip winter bulan Januari tapi memikirkan kami bawa orang yang lebih tua so lebih baik try musim luruh. takda la sejuk sangat & sesuai untuk mereka bergerak & enjoy korea.

So nak jadi cerita kami sebelum sampai korea dah prepare siap-siap tempat tinggal yang lebih sesuai untuk mak & aunties. Lebih sesuai tu bermaksud kami dah book guesthouse yang cozy dan ada kelengkapan masak & dapur yang ok sbb depa suma rajin masak. (untung kami tak payah takut lapaq hee..)

 Lepas mendarat kami terus contact teksi yang kami dah book untuk bawa kami ke guesthouse. Macamana nak book teksi? Saya book guesthouse melalui Airbnb jadi mntk tlg owner rumah tu book kan teksi (bayaran teksi tak termasuk kos rumah). Kos teksi one way RM300. (perjalanan 50KM). Macam mahal kan? tapi if travel in group actually tak jadi byk sgt. masih mampu..Tong2 laa.
guesthouse kami untuk 6 malam di Itaewon, Seoul

Boleh click kat bawah ni untuk tengok/book hotel-hotel lain area Itaewon :
Hotels in Itaewon

Kemas & simple

Basic & clean
Itaewon city
Petang tu lepas letak barang kat guesthouse, solat & rehat sekejap kami gerak ke Namdaemun Market 
Sekitar Namdaemun Market

Kami ke Namdaemun Market untuk cari antara barang yang kaum hawa paling takkan miss bila kat sini which is :

brooch.
So untuk kaum hawa sila mejamu mata anda dengan gamba-gambar ni okay. enjoy.

Standard harga dari 1000-8000 Won. Mahal lagi pon ada.

Ahjuma tengah pack brooch yang kami pilih. Satu brooch ada 1 set pin. So dia akan tanya nak with or wothout pin.

2 jam lebih kat sini. Untuk kaum Adam 10minit max. lepas tu mula tak ketahuan punca haha
 


silver earrings

 Ahh finally, lepas settle borong kami decided nak ronda plak sekitar Namdaemun Market. Ada yang nak cari baju sejuk, ada nak cari scarf & bagi saya(ajim) cukup untuk tengok culture, daily activities depa kat sini & enjoy the moment.


Demi sesuap nasi. 


Buah Berangan bakar. Sedappp


Not oily at all. Oh yeah

Kami terus gerak ke Myeong-dong untuk cari barang-barang kosmetik & tengok surroundings sana.
Try Nutella Banana Pancake. Okay la tapi better kat Krabi.

Alas perut

Middle of Myeong-dong's pedestrian
Besar Uniqlo. tapi tertarik lagi kat roasted cheese lobster tu. tapi tak berani makan. hehe

Just some boutiques.

Checkout Guesthouse/hotel area Itaewon (banyak restoran Halal & ada masjid) kat link bawah ni
Itaewon best guesthouses

Update : Untuk lagi senang masa travel kat Korea boleh try guna Naracards ni. Lg senang, tak perlu hafal-hafal sgt jalan or lane. Informasi yang ada di setiap kad termasuk nama destinasi, alamat, nombor telefon, pnduan kemudahan awam, maps untuk bantuan arah perjalanan dan juga gambar destinasi sebagai rujukan. Click kat gambar or tengok video di bawah untuk maklumat lanjut:



Maklumat lanjut atau nak beli kad ni click link ni ya: Naracards





Finished day 1. 
Bersambung dalam day 2 : Autumn in Nami Island