Bercuti ke New Zealand day 2 : Milford Sound


Hari ini hari ke 2 kami di NZ (13 Nov 2017). Selepas subuh, kami terus bersiap utk menaiki cruise di Milford Sound (MS). Ia merupakan salah satu destinasi yang terkenal di NZ dan diiktiraf sebagai salah satu 8th Wonders of The World. Kami gerak awal coz dah ambil tiket cruise yang paling awal iaitu pada pukul 10.50 pagi dan perjalanan dari Queenstown ke MS mengambil masa almost 4 hours (291 km) drive sehala. Keluar awal sikit so dapatla relaks n chill chill sepanjang jalan ke MS. Perjalanan ini hanya menggunakan GPS yang kami sewa dan just taip 'Milford Sound' insyaAllah pasti jumpa jalan yang lurus lagi benar heee.

Kami booked tiket melalui Bookme.com dan setelkan bayaran siap-siap di Malaysia. Kalau nak walk-in and bayar cash pun boleh. Harga tiket cruise adalah NZD 85.00/pax dan harga adalah berbeza bergantung pada jenis boat, jenis musim yg korang pegi n jenis company yg korang pilih. Macam kami sendiri pilih cruise 'Gem Of The Sound' dari company JUCY. Kira cruise ni jenis premium sikit la..ada glass roof,  ada sediakan lunch, decor yang cantik n moden. Plan asal nak naik cruise yg biasa je tapi bila tolak tambah darab bahagi, duit ada balance la pulekk so boleh la cuba cruise cantik ni haha. Korang boleh ke link ni Jucy Cruise : Gem of The Sound untuk tau lebih lanjut pasal cruise yg kami naik ni.

Company lain selain JUCY yang okay spt Southern Discoveries, Go Orange. Lets check it out our photos at Milford Sound. Kalau tak mampu hadap gambar yang banyak di bawah ni sila scroll lelaju okay? =) Lagi satu, setiap tempat yang kami singgah bergambar tu just tepi2 jalan menghala ke Milford Sound.

* Tip, kalau rasa fuel tak berapa cukup, korang ada 2 pilihan je sama ada isi siap-siap di Queenstown ataupun di Caltex pekan Te Anau. Toilet di situ bersih, staff pun sgt friendly. Jarak Queenstown ke Te Anau adalah lebih kurang 217km / 2jam 40 min.

Sneak peak Milford Sound buat semangat membaca. hehe

Gerak lu paper roger k.. semoga Allah permudahkan perjalanan kami..

Sepanjang jalan kiri dan kanan penuh kambing biri-biri dan lembu

Berenti sat tangkap gambar dgn kambenggg..sejuk 9 degrees. Control sikit muka tp dalam hati sejuk gilakk

Sebenarnya kambing biri tu betul2 sebelah pagar je, tapi suma pakat lari ke tengah. Mungkin depa takut tengok spesies mana tah duk lompat 

View yang sangat tenang. Ada bunga2 cinta kuning..lagi satu kena patuhi tanda had laju kalo tak nak duit terbang hehe

Dah sampai Te Anau...kalo korang nampak subway ni, stesen minyak caltex berada betul2 di sebelah subway ni. Gambar lupa nak snap. Ampun

 Yuk jalan lagi. Snowcapped mountain di hadapan

MasyaAllah cantik sungguh ciptaanNya. Perfect!

Tido ke bang? relaks lu jauh lagi nak drive nih hee

Waktu ni sy check cuaca 4 degrees. asap keluar2 bila bercakap..tapi my auntie relax je tak pakai jacket??hehe. Sebelah tu jalan kecil menghala ke Milford Sound.

 Monkey Creek nama tempat ni

Sorry nak tergelak coz ada orang buat lawak 

Kea bird

Burung kea ni macam nakai sikit..sy masuk kereta, dia pun kalut nak masuk jgk..takut kena patuk pun ada hoho

Teruskan perjalanan lagi. Tempat ni paling sejuk sepanjang berada di NZ

Another magnificient view..

Bontot pun hampir kebas, maka kami dah hampir sampai. Alhamdulillah..

Tempat parking kereta...caravan/campervan pun parking di sini. Then kena jalan kaki lebih kurang 300 meter utk ke terminal 

Jalan punya jalan, dah nampak bangunan ni. Kereta/caravan/campervan tak boleh parking di sini kecuali bas sahaja dibenarkan

Pintu masuk terminal

Lepas buka je pintu masuk, pusing kanan terus nampak Jucy counter

Macam2 jenis cruise yang ada. Orang ramai waktu ni terutamanya pelancong dari China



Langit yang membiru..




Ni cruise yang akan kami naik..macam saya cerita di atas tu

Us

Poyo jap before naik cruise hiks!

Selamat dah naik atas cruise. Nasib baik tak ramai orang..bilangan bawah 15 orang termasuk kami sefamily & staff

Ambil air teh panas untuk panaskan tangan yang sejuk



Kesayangan

Cruise captain

Glass roof. Cruise ni 3 tingkat

Seat yg tampak moden n selesa

Atas cruise ada disediakan coffee & tea.. biskut tu kami bawa sendiri

Sodap lak eh kopi panas cicah biskut sejuk2 ni.. Makanan lain pun ada disediakan tapi kami tak berani makan





Cruise ni bawa kami jumpa banyak binatang spt di atas ni..nama diberi 'fur seal' (arctocephalus forsteri). Gemok, berkilat dan comel!

Lepastu jumpa dengan 'the Fiordland Crested Penguin'. Comel comel dan comel

Sejujurnya ni part paling best naik cruise di Milford Sound. Mungkin rezeki kami dapat tengok dgn dekat dan tempoh yg lama

All the dolphin ikut je cruise kami sambil lompat2 sampai one of the staff cakap ' u are very lucky today. I've never seen dolphins follow the cruise with such a distance as today'


Magnificient waterfall in the world's famous Milford Sound

SubhanaAllah..i'm speechless. Datang sini kena pakai jacket kalis air coz for sure korang akan basah kena tempias air terjun ni.








Lebih kurang 2 jam di atas cruise, tibalah masa utk pulang ke Queenstown

View ni ketika berjalan kaki dari terminal cruise ke parking lot. Ada track utk pejalan kaki..

Otw pulang ke Queenstown..view ni korang bole nampak betul2 sebelah terowong..

Beloved sister..susah senang bersama2

#tilljannah =)

Macam seksa je tengok mamat ni angkat isteri dia



Lompattttt yeah



Waktu drive blk ke Queenstown, ternampak tempat riadah lengkap dgn meja makan. Wuduk senang, sebab ada sungai kecik. Singgah dulu utk shoru & solat jamak



Buka bekalan yang dibawa dari guesthouse. Menu: nasi, kacang buncis goreng, telur dadar dan grill chicken

Selesai solat dan makan, kami teruskan perjalanan dan sekali lagi singgah ke Mirror Lakes. Mirror Lakes ni korang pasti akan jumpa coz berada di laluan ke Milford Sound. Tepi jalan je n ada sign board

Pemandangan di Mirror Lake. Ada itik la!



Tempat ni dinamakan Mirror Lake utk menggambarkan betapa air ni sgt jernih hingga dapat memantulkan semula bukit & pokok dkt belakang di atas dasar air. Contoh word 'mirror lakes' dalam gambar atas sengaja dipasangkan terbalik so that dpt pantulkan ejaan sebenar di atas dasar air

Angin agak kuat time tu jadi word, bukit dan pokok2 tu tak dapat dipantulkan dgn jelas huhu



Lepas Mirror Lakes, ternampak lupines di tepi jalan. Singgah pulak di sini 

Dah kenapa muka kau cemtu

Semak samun sanggup ku lintasi demi gamba yang cantik. Kak emi muka tak rela terpaksa ikut haha

Teruskan perjalanan pulang ke apartment. View tetap sama ah-maaa-zingg!

Dihadapan yg banyak kenderaan tu adalah tapak utk caravan/campervan.Depa tido, makan dan ke toilet semua di situ. Complete facilities provided. Cer korang bayangkan bangun tido je sejuk2 nampak air yg membiru, snow capped mountain sure layanzzz

Kami tiba di apartment lebih kurang pukul 7.45pm. Cuaca steady duk biru macam pukul 2 tengahari..Musim spring adalah musim dimana waktu siang lebih panjang dari waktu malam. Saya perasan lebih kurang pukul 9pm baru betul-betul gelap langitnya.

Tunggu sambungan day 3 & 4 okay? Kami akan beritahu anda sedikit tips n tricks semasa di Cromwell, Wanaka Lavender Farm, Wanaka Lake, Twizel n lastly lokasi bunga lupines yang sangat banyakkkk. See ya! Assalamualaikum..

Day 3 tekan SINI

Tengok Day 1 kat SINI