Backpacker trip ke Tokyo musim sejuk - day 1


 Assalamualaikum. Fuhh dah berhabuk blog lama tak jenguk!

Alhamdulillah rezeki dapat berbackpacker dengan adik-adik ke Jepun (Tokyo) musim sejuk hari tu.
Tiket dah book siap-siap around 5-6 bulan awal.

So dapat harga Airasia return KUL-HANEDA 25-31 Januari 2019, depart at 2.20 P.M, RM 1,035 without inflight meal or luggage (backpacker kan.. so tak perlu add luggage, Alhamdulillah cukup 7kg handcarry).

7kg inlcudes :
1) Heattech Ultra-warm T-shirt (Uniqlo)
2) Thermal legging, Sarung tangan, Socks. (Decathlon)
3) Jacket winter (sale 70% Uni.Traveller)
4) Camera + Gopro + powerbank+cables
5) Sehelai seluar Khakis & 3 helai baju biasa
6) Underwear pakai buang Watsons 8 helai (jimat ruang, ringan)

Bahan makanan (Brahims) & ubatan sikit bagi adik2 bawak cuz depa tak bawak gadget2.

Backpack aku. Berat 6.8KG with semua barang yang listed kat atas

At departure terminal. Ready. we're born ready muahaha
 Maka pada pukul 10.30 PM waktu Jepun 3 beradik ni sampai la kat Haneda Int. Airport. Isi declaration form (isi betul-betul and tulis full details yang ditanya & full alamat & no phone hotel/guesthouse, jangan main letak simple dimple nanti kena tanya mcm2 n nasib tak baik kena balik Malaysia hari tu jugak mau?) Kami kena body check dengan pegawai depa, well because we're "lucky" haha so sekarang baru masuk bab nk bermalam. So tidur mana sebab sampai lewat? overnight dulu la kita kat airport ni.

Beli Onigiri(nasi kepal) & air kat FamilyMart. Isi perut sebelum cari tempat nak tidur

Port elok selesa dah tapi tak mengantuk plak. so kami cari coin locker untuk sumbat 3 backpack kami sebelum ronda-ronda kat airport. Coin locker sekali guna 24hr 500yen.



Locker ni terima duit 100yen syiling saja. tapi tak payah risau, tepi entrance locker ada mesin exchange duit besar ke duit kecik.




So melilau lah kami bertiga pusing-pusing Airport Haneda ni, surau ada kat tingkat 3 departure hall dekat counter L. Polis dok mai check, tak leh tidur or salah guna. nak masuk kena tekan button and cakap nak guna prayer room then baru leh masuk. Ada dua partition lelaki & perempuan.

Tidur pon tak boleh tidur atas lantai macam airport lain, polis jepun tak bagi. nak tidur boleh tapi kena tidur atas kerusi or bench.

warm toilet seat, siap ada dryer lepas cuci. nice.
I heard ada lagi canggih siap tunjuk blood pressure + music. fancy sgt tu.

No free shower, ada pon kena bayar 1030yen untuk 30mins. Tuala, shampo disediakan. takpala gosok gigi , lap badan, cuci muka dah cukup di sinki. Bersih!

Lagi satu yang best is kita boleh usya observation deck kat tinggat atas. So boring-boring boleh tengok kapal berlepas & mendarat. Vending machine and tempat duduk pon banyak. Kami p malam so suasana gelap sikit la. sejukkkk 0 darjah, winter kan :)

sejenih mahkluk tahan sejuk. pakai sweater ja

Orang jepun pon tak dok luar sejuk-sejuk.





Vending machine di mana-mana.


Dalam airport ni. actually ni restaurant2 yang dah tutup. So banyak orang amik peluang cari port untuk tidur.

I AM TOKYO haha


Okay enough pasal airport. 
Trip ke jepun ni dah decide nak pusing area Tokyo and kawasan sekeliling saja (Kanto area), ala macam turun KL tapi nak pusing araound Selangor, Melaka, N9. Jadi kami beli:
3 Days Tokyo Wide Pass yang harganya 10,000 yen/RM360 +- di JR East Travel Service Centre


Semua routes ni kita boleh teroka dan dicover oleh pass ni. Kami pilih Fuji, Gala Yuzawa & Tokyo itself sebab Tokyo banyak tempat nak jelajah so amik peluang sehari all out. If bayar by station jd mahal. Even naik Shinkansen (bullet train) pon dicover untuk yg ke Gala Yuzawa.


Tokyo Wide Pass, JR East Pass dll. boleh beli kat sini. Banyak lagi tempat lain boleh beli tapi dah alang-alang kat sini + cover train dari Haneda ao why not tunggu..
Start buka pukul 6.45 pagi - 6.30 Petang. Kami pukul 7 dah p tapi beratur sejam. Kalau nak cepat sila tunggu pkl 6 siap-siap depan office.

Dah settle beli tiket dan tanya cara nak ke Kawaguchiko Station (hostel), maka gerak lah kami.
Haneda Airport - Shinjuku - Otsuki - Kawaguchiko (3jam lebih) semua covered by Tokyo Wide Pass.

Dalam proses nak ke Fuji. Dalam gambar kat Shinjuku Station.

*macam kami tak sewa/beli wifi/sim sebab di guesthouse Tokyo (1 day Fuji, 5 days Tokyo), owner dah offer pocket wifi untuk kami so kami sacrifice sehari di Fuji tanpa internet. Even tak ada pocket wifi, kami dah download siap-siap offline maps area Fuji and Tokyo. Try la apps nama MAPS.ME, tak ada internet pon dia navigate slumber ja. Mostly kat station mana pon mesti ada free wifi, cuma nak kna letak email dulu sebelum connected. taip n hentam ja email fake apa2 pon boleh, haha jimat masa. Bila dah berinternet sila download apps : Hyperdia and Navitime. Mostly for train schedule and info. Sangat berguna!

Anyone yang nak beli/sewa wifi/sim card Japan or negara lain boleh check list kat bawak ni:
4) Wiyo


.
.
.
.
Day 2 Gunung Fuji, hostel, tasik, tips2 di next post. 

Sneak peak sikit haha untuk semangat pembaca semua.

Kalau nak cari hotel area gunung Fuji try search box bawah ni. direct terus.






Booking.com




Bye, Assalamualaikum.