Backpacker Trip ke Lombok Indonesia : Day 1 Kuta Lombok

Kali ni trip kami bertiga ke Lombok Indonesia. Kami pilih ke Lombok sebab perkara-perkara ni.
1. Pantai Cantik & air crystal clear
2. Bajet Under RM 1000
3. Senang cari makanan Halal & transportation


Tiket AA kami dapat return RM315 + seat RM 6 per pax.
dari Kuala Lumpur ke Lombok ambil masa 3 Jam. Nganga dalam flight.



Lepas 3 Jam Nganga dalm flight, sampai kat Lombok International Airport. Lepas Cop Passport exit Aiport cari taxi. Hint : Cari taxi kereta BIRU sahaja. Yang lain taxi sapu yang maybe akan charge lebih dari biasa.

Dah Sampai kat Resort yang pertama. Kami decide untuk spent dua hari kat area Kuta sebab banyak pantai nak p. Nama resort : Puri Rinjani Bunglows.. kami spent 2 malam kat sini.

Abis check-in, unpack barang suma cari makan malam. Bilik okay, macam hotel-hotel biasa cuma lampu dalam kurang. banyak nampak foreigners nak reading kena duduk luar bilik macam Ber ni duduk. (tapi tak kangkang gitu)
Menu makan malam Nasi Goreng Rinjani. Harga bawah RM 20 + air Teh O.Tak ingat harga tepat. Nak lagi murah boleh cari warung-warung. 

boleh usya2 or book hotel tu kat sini ya :
Puri Rinjani Bunglows


atau boleh check hotel area Kuta, Lombok kat bawah ni :


Booking.com



Our journey continues in next post : Day 2