Bercuti ke NZ day 3 : Naik Speedboat & main salji di The Remarkables Queenstown NZ


Salam n hi! Hari ke-3 (14 Nov 2017) kami just chillex dekat area Queenstown. Lepas breakfast lebih kurang pukul 9 pagi kami bersiap2 untuk ke bandar Queenstown dan akan menaiki Kjet. Tiket kami beli pukul 10.15 pagi dan segala bayaran telah dibuat siap2 since dekat Malaysia lagi. Harga tiket untuk seorang NZD 85.00 dan perlu ada di jeti 20 minit sebelum bertolak. Oh ya jeti ni terletak di area Queenstown Starbuck n dari Starbuck tu korang just berjalan kaki sahaja untuk sampai ke jeti ni.

*Tips : Ada 2 pilihan boat di Queenstown ni. Satu Kjet, n satu lagi korang boleh search Shotover. Macam Kjet harga tiket NZD 85 per person, perjalanan boat ambil masa lebih kurang 60 minit. Shotover pulak NZD 100 per person, dan masa perjalanan selama 20 minit tapi dia punya route memang mencabarrr.


Ni ha jeti tu kecik ja. Pagi sejukk



Ni gambar time balik. Tengah ari dah mula ramai orang lepak kat situ.

Antara route yang korang akan lalu bila naik Kjet ni. Kjet ni laju..baru 10 minit naik dah membebel dalam hati bila nak habis hahaha. Angin sejuk ditambah baju pulak basah, memang paham2 la sejuk dia cemna kan...tak tahan!

Bukan edit tau tapi memang air biru cemtuh. Sangat jernih sampai nampak ikan salmon berenang2

Tak ada gambar masa dalam paya, tapi lebih kurang macamni.

Lepas 1 jam naik Kjet ni, so kami pun gerak pulang ke apartment untuk solat n tukar tudung/baju yang basah tu.Next plan nak naik kat Skyline NZ. Once dah sampai Queenstown wajib wajib dan wajib untuk naik luge tau. Ia salah satu aktiviti menarik kat NZ ni selain dari bungy jumping, jet dan sebagainya. Luge ni lokasi dia berhampiran dengan Kjet which is dalam pekan Queenstown tu jugak. Korang kalo nak pegi sini just pakai waze n tulis 'Queenstown Skyline'. Tiket berharga NZD 59.00 seorang dan boleh beli melalui counter ja. Masing-masing dah semangat nak naik luge kottt then tetiba ada pulak supriseeeee...


Okay dah ready nak pi men luge ni

Elok masuk je nak beli tiket staff tu cakap luge under maintainance. hmmm hampeh betol. Punya semangat nak main siap mimpi2 lagi skali tutup pulakk. Xpela xda rezeki nak main :(

'Due to construction the Luge will be closed today n will re-open on 16th Nov'. Okayyy time tu kami dah ada dekat Tekapo. Jauh nak patah balik ke Queenstown :(

Okay nak nangis lagi. P/s: tanah tempat kami pijak tu xrata n berbukit. Jangan ingat saya pendek pulak =P

Peluk dinding sikit

Ni la rupa aktiviti luge tu..cantiknya view. Gambar ambil dari google



Okay yang ni pun seronok n tak ada rezeki nak naik uhukk

So kami pun gerak balik

Kami ambil decision untuk pergi ke The Remarkables. Perjalanan nak ke sana lebih kurang 20 minit dari pekan Queenstown ni. Macem biasa pakai waze jer hehe. Plan asalnya dah alang2 ada dekat town, nak pergi shopping souvenirs dulu tapi risau terlajak masa kang gelap pulak nak naik gunung ni, so amik keputusan naik gunung dulu then patah sini balik.


Dah sampai puncak Remarkables

14 Nov still ada salji atas ni

Gelungsur dari atas sampai bawah. Laju ja benda ni turun..kena pakai brek tangan 

Baring lu jap atas salji bukan selalu nak rasa heheeheh

Pastu kasi sepak2 sikit ais ni..ehehe

Pastu baling2 pulak ais..acah2 sweet sikit =P



Snow cannon. Untuk produce snow untuk ski.


Lobby ski park


Only us there





View dari atas The Remarkables

View atas ni pun lawa..





Sorry dahi kami hitam n berkilat sikit :p

Jalan untuk turun n naik agak sempit so kena berhati2


Lepas turun dari Remarkables ni, kami gerak ke pekan Queenstown lagi sekali untuk shopping barangan dan cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Esok pagi kami akan check out dari apartment dan akan di check-in di Twizel pula. Jarak dari Remarkables ke pekan Queenstown adalah lebih kurang 23.8km. Macam biasa ikut waze je hihi


Jeng jeng dah sampai pekan Queenstown. Makan aiskrim lu before shopping. Its Cookie Time! Famous dan sedap

Snap gambar sbb comel kereta ni. Bila usha balik pic ni, alamak baru perasan ada seluar tecik laa tepi tuh

Bukan cookies je dijual tapi macam-macam jenis aiskrim pun ado. Dalam gambar ni aiskrim mix with cookies

Bar counter di bahagian luar kedai. Time ni lebih kurang pukul 6 petang n cuaca dah start sejuk

Dap2..

Pure choc ice-cream. Terbaik!

Pedestrians.. Starbuck ni sederet je dengan kedai Cookies Time. Dari depan Starbuck ni, then korang belok kiri tu, akan nampak kedai 'DF Souvenirs' di bahagian tengah.

Jeng-jeng dah nampak kedai ni. Sini tempat untuk beli segala mak nenek souvenirs eg fridge magnet, accesories, all black original tshirt, key chain etc..Harga memang paling murah compared kedai2 lain area situ. Website kedai : DF Souvenir

Ni antara souvenirs yg sempat beli hari pertama.. tak cukup lagi ni hihi. Each item dalam pic ni around NZD 4-6. Kedai buka dari pukul 9 pagi - 11malam

Kedai Aotea Gifts ni pulak betul2 sebelah DF Souvenirs. Harga bit pricey tapi kedai ni nampak lagi kemas.

Nak try usya Pandora tapi sayang dah tutup

Kalau kat Malaysia setakat roundabout mcmni orang naik terus ja rasanya haha

Banyak bar dekat pekan Queenstown ni

Babysitting 25$ per hour haha. Kalo korang jenis malas nak google or buat survey siap2 dari Malaysia, boleh terus datang Queenstown dan pergi kedai ni. Bayar cash n dorang yang akan uruskan segalanya cuma a bit pricey la. Banyak kedai yang offer service n activites macam ni

Lepas puas berjalan di Queenstown, sampai kat The famous Fergburger.
Sebelum kami decide nak makan Fergburger ni, kami ada tanya waitress Halal tak daging yang diguna. Dia cakap "ya, it's halal". Sebelum sampai NZ pon dah research dan saya sendiri dah email ke Fegburger ni utk tanya status halal or tak. saya ada bagi printscreen email saya tentang pekara ni dibawah. Depend pada masing2 punya pandangan nak try atau tak. Kalau rasa ragu2 jangan makan okay.

Printscreen email tu..

Masa ni tengah tunggu burger siap. 30 minit tunggu.



Q dalam 15minit + masa tunggu burger siap 30 minit. so.. bajet la dalam sejam.

Mercs.

We've ordered The Fergburger. Harga satu beef burger NZD 11.90



Dah dapet burgernyaa

Time ni dah masuk pukul 9 malam.. baru nak gelap. 

Cantik kan view..



Ducksss



Ready mau balik apartment dah n packing baju untuk teruskan perjalanan seterusnya esok pagi.. bye-bye Queenstown till we meet again!




Korang boleh tengok2 atau book hotel area Queenstown guna search box bawah ni:


Booking.com


Berakhirlah sudah hari ke-3 kami berada di South Island, New Zealand. Maaf atas penggunaan bahasa rojak dalam cerita di atas hehe.. Hari seterusnya kami akan bergerak pula ke Cromwell untuk menikmati fresh fruit ice-cream, menikmati bunga lavender di Wanaka Lavender Farm dan makan-makan salmon di Twizel.. See ya! Assalamualaikum..

-AJIMINA-


2 ulasan: