Bercuti ke NZ day 5 : Mount Cook, Lake Pukaki dan Bunga Lupin di Lake Tekapo



Tepat pukul 8.25 pagi, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Hari ni adalah hari ke-5 kami di South Island, New Zealand (16 Nov 2017). Kami masak bekalan siap2 di guesthouse untuk dinikmati waktu tengahari nanti. Lauk sempoi je nasi, chicken grill, telur, sayur sikit dan buah kiwi semalam beli di Cromwell. Buah cherry beli kelmarin, kelmarin jugak setel dalam perut hehe.  Destinasi kami seterusnya adalah Aoraki Mount Cook National Park atau nama singkatannya Mount Cook.

Mount Cook ni adalah gunung yang tertinggi di New Zealand. Diceritakan dulu ada seorang pendaki bernama Sir Edmund Hillary selalu datang ke Mount Cook ni untuk asah kemahiran memanjatnya dalam persediaan untuk menakluki Gunung Everest. Kalau korang datang sini boleh nampak ramai pendaki gunung bawa alatan mendaki lengkap semuanya..kami pulak mai sini bawa makanan lengkap dengan pencuci mulut haha. Jarak dari guesthouse kami, Twizel Holiday Park ke Mount Cook adalah sejauh 56.5km (40 min). Jom layan gambar2 sepanjang perjalanan ke sana.

*Tips : Kalau datang sini wajib bawa sunblock coz matahari terik walaupun cuaca bawah 20degrees. Muka kami boleh nampak dari warna asal kuning langsat bertukar ke warna kelabu bila mai sini hee. Apa2 pun view di Mount Cook memang sangat ohsem!


Bismillah..semoga perjalanan kami lancar



Singgah tepi jalan ambil gambar lawa

Lompattt mujur seluar tak koyak hee



Dah sampai Mount Cook. cari tempat parking dulu. Bangunan di belakang sebelah kanan tu tandas, tempat rehat dan tempat makan

Snowcapped mountain

Trek mendaki



Jalan punya jalan dah nampak bridge

Anything you can imagine, you can create -oprahwinfrey

Muka dah start sunburn :( Sunblock lupa bawakk



In front of the bridge. 20 orang saja sekali jalan

 Fav spot in NZ!

It's not how long you live, it's the purpose of ur presence. Cubalah utk sekali 





Mineral coloured mountain lakes

Subhanallah cantik ciptaanNya. I'm amazed!



Langit membiru..kami bertuah kerana sepanjang berada di NZ hujan tak tutun turun



Sampai sini saja perjalanan kami di Mount Cook. Lepas turun balik dari situ, kami rest sambil buka bekalan yang telah dibawa. Hampir 4 jam kami di Mount Cook, tiba masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu Lake Tekapo. Jarak di antara Mount Cook ke Lake Tekapo adalah 95.9km (1 hr 10 min).

*Tips : Sila bawa kudapan seperti gula-gula/ keropok or apa-apa sahaja untuk dikunyah bagi mengurangkan rasa mengantuk semasa drive. Bila dah penat mendaki + cuaca terik mula la rasa mengantuk 


Otw ke Lake Tekapo korang akan melalui Lake Pukaki terlebih dahulu. Cantik!

Tukar driver.. Muka dah hitam uhuk :(

Mesmerizing blue colours of Lake Pukaki

Singgah di Lake Pukaki Visitor Centre. Dekat sini ada toilet jugak

A must visit for all travel enthusiasts!

Kak emi tgh buat pe tu? Buat instastory ek..dekat depan visitor centre tu ada tempat duduk seperti dalam gambar

Ada dijual ikan salmon jugak di dalam Lake Pukaki Visitor Centre 

Salmon sini a bit pricey tapi rasa lagi sedap dari di Twizel

Selain salmon kami beli aiskrim flavour boysenberry. Sumpah sedap! silap beli satu

Freshwater king salmon sashimi..sedap sangat!

Yukk sambung lagi perjalanan ke Lake Tekapo. Jarak dari Lake Pukaki ke Tekapo adalah lebih kurang 30 minit lagi tengok waze.Kami harus sampai awal sebab dah janji dengan owner guesthouse untuk ambil kunci sebelum pukul 5 petang. Sepanjang perjalanan, view tak payah cakap laa memang cantik dengan awan membiru. Kali ni di Lake Tekapo kami booked melalui booking.com dan bayar cash kepada owner waktu check-in. Rumah ni dipanggil 'Sam's Place Tekapo' dan berharga NZD 380.00 per night. Rumah ni pun kemas, ada 3 bilik yang boleh memuatkan 8 orang.


Jengg dah sampai Sam's Place Tekapo

View di hadapan rumah. Matahari nampak terik tapi cuaca sejuk..

Our bedroom

Second room

Third room. Bunga lupins betul2 berhadapan tingkap tu..

Toilet

Living room

Dining n kitchen. Semua rumah dekat NZ ni tingkap besar2 & tak bergrill..rumah di Malaysia pantang takde grill sure senang pencuri nak pecah masuk

Nampak semak terus lepas letak barang haha



Boleh tengok kat search box bawah ni utk guesthouse di Lake Tekapo :



Booking.com



Lepas punggah segala baggages, jam menunjukkan pukul 5 lebih. Kami nak buang apa2 yang terpendam dulu, makan dan solat sebelum pergi ke Church Of The Good Shepherd. Dari guesthouse ke Church ni dekat je tak sampai 10 minit naik kereta.


Ni ha Church of The Good Shepherd. 

Surrounded by lupins

Historic and iconic church, built with a view of the lake & mountains

Muncung jap sebab terik haha

La familia

Kak Emmi


Close up


These flowers were on the top of my must see list for nz, along with the beautiful turqoise water of Lake Tekapo!



Hiks :)


Still blown away by the extremely turquoise Lake Tekapo



Kawasan church ni perlahan-lahan mulai gelap. So kami pulang dahulu untuk mandi, solat dan merancang untuk kembali ke sini malam nanti. Main reason tidur di sini adalah untuk aktiviti stargazing. New Zealand bukan je cantik di waktu siang, tapi sama cantiknya di waktu malam!


The sky is almost completely free from light pollution-making it famous for stargazing

Shooting star. nampak tak? selepas 30minit baru dapat 1 gambar with shooting star.

Allahu akbar. I'm amazed!!

Gambar agak blur sbb shaky sejuk sgt 

Cuaca malam tu sejuk sangat tangan pun terasa kebas bila pegang camera. This is our last night in South Island New Zealand..How one small country in the middle of the biggest ocean can hold so much beauty is unbelievable! Hold back the tears ;( ;(  Akan ada sambungan day 6 di mana perjalanan kami dari Lake Tekapo ke Christchurch Airport..Tq sebab singgah di blog ini ya!

-AJIMINA-

3 ulasan:

  1. Seronoknya baca ...tq sb sudi kongsi info2 yg berguna..tak sabar nk tunggu post yg seterusnya. Blh saya tahu detail flight tak? Tq

    BalasPadam
  2. As salam maaf nk tanya bole sugest tk... nk menetap di itaewon guesthouse yg u prgi autumn korea tu ape name guesthouse tu yea...first time nk melancong ke seoul

    BalasPadam
  3. Beautiful Scenery guys. How you rental car there?How much the price?

    BalasPadam