Bercuti ke NZ day 4 : Cromwell, Wanaka, Lindis Pass, Twizel & Ahuriri River



Ini adalah hari ke-4 (15 Nov 2017) kami di NZ. Selepas tinggalkan kunci apartment di dalam postbox, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Cromwell. Perjalanan dari Queenstown  ke Cromwell lebih kurang 53.5km iaitu selama 40 minit menaiki kereta. Cuaca pada pagi tu sejuk sangat. Tujuan kami ke Cromwell adalah untuk menikmati buah-buahan segar dari ladang dan juga fresh fruit ice-cream nyum! Macam biasa follow waze sajaa..


Tak ingat nama tempat ni tapi berada di tepi jalan on the way ke Cromwell. Teringat lagi tempat ni sejuk gilak..

Sempat ambil satu gambar then lari ke dalam kereta coz tak tahan sejuk



Awesome view! Lepas selesai bgambar kami straight ke Cromwell



Okay dah tiba di Cromwell. Kami singgah di Jone's Fruit Stall. Kedai ni buka setiap hari start dari pukul 8am- 6pm. 

Geram tengak bunga gemok2..Belakang tu kedai buah-buahan

Bunga ros pun gemok2

Waktu kami sampai kedai ni baru dibuka.. pintu belakang pun tak sempat buka lagi hehe. Nampak tak buah epal, kiwi, orange, anggur dan pear tu

Chocolate n honey pun ada jual. Patut cuba local brand

Fruit testing..pantang lalu sebelah meja ni je mesti nak ngap. Manis betoi buah sungold kiwi tu adehh..nak kena beli jugak untuk sambung ngap dalam kereta

Turkish delight

Macam2 jenis jem ada termasuk buah avocado dan buah tin 



Buah nenas batu..dengar cita banyak khasiatnya

Yang baju hitam tu owner kedai tau. Tengok tepi mulutku kembung duk melantak buah free atas meja tadi tu haha

Macam2 jenis nuts ada.. dried fruits pun adaaa



Sempat grab buah ceri..satu bekas NZD 20.. utk kudap atas kereta nanti

Manis uitt..



Pelbagai jenis cheese dan sayur pun ada..ni dorang tanam sendiri dkt ladang. Nampak tak mushroom dia besaq



Tudia tudia nampak dah aiskrim.. ni target since dekat Malaysia lagi..boleh pilih buah cherry or blueberry or mix berries

Dorang tak kedekut buah..staff tengah masukkan buah ceri dan aiskrim vanilla ke dalam machine

 Harga untuk semua jenis aiskrim. Kami pilih real fruit ice cream iaitu berharga NZD 5..boleh pilih nak letak dalam cup atau cone

Hazim pilih cherry ice-cream rasanya masam2 sikit.. aku pilih blueberry ice-cream rasa manis..sumpah sedap 2 2!

Lepas beli aiskrim, bole masuk ronda2 dalam rose garden





Makan aiskrim sambil bau wangi bunga lavender. Layanzz hihi

Lavender









Ada disediakan tempat duduk


Lepas selesai beli-belah dekat Jone's Stall ni, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Wanaka Lavender Farm untuk alami sendiri pengalaman menyentuh, bau bunga lavender.hehe..Mengikut apa yang saya tahu bunga lavender mempunyai lebih kurang 300 jenis. Berbeza dari segi warna, bau dan bentuknya.

Lavender Farm ini terletak di Wanaka, dibuka pada pukul 9am-7pm dan bayaran bergantung pada musim yang korang pergi seperti NZD 5.00 (Dec-Feb) dan NZD 2.00 (March-Nov). Di farm ini korang boleh pusing seluruh ladang yang berkeluasan 10 ekar sambil hirup udara wangi pure lavender..sambil2 tengok bunga, boleh jumpa haiwan yang takde kat Malaysia, boleh nikmati lavender tea & ice-cream and lastly korang boleh beli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia iaitu produk2 berasaskan bunga lavender tu sendiri seperti sabun, shampoo, cream, lotion, chocolate, honey dan banyak lagi laaa..syok!

*Tips : Kalau korang nak tengok bunga lavender yang fully bloom, sila mai musim summer/panas pada bulan December & January. Memang cantik dan thorbaik!


Macem biasa ikut waze ja..perjalanan dari Cromwell ke Wanaka Lavender Farm adalah sejauh 53 km (38min). Otw ke farm, kami sempat lalu di Wanaka Skydive spt dalam gambar atas. Kami tak berani naik hee.

Ni ha rupa sky diving. Ada berani tak? Gambar google

Dah sampai Wanaka Lavender Farm. Ini main door dan di belakang sebelah kiri tu kaunter bayaran tiket

Lavender not fully bloom yet tapi still lawa. Ni view sebelah pintu masuk

Masuk dalam korang boleh nampak banyak produk dari lavender seperti sabun, krim dll. Comel!

Lavender tea, honey n mugs









Lavender chocolate truffles. Seketoi NZD 2.50

Bahagian luar bangunan. Purpleee





Meet their friendly farm animals..cute sheep

Koko the pig

The white alpacas


Brown alpacas



Buah pear sedang membesaq

Ada gaya pemandu traktor tak?



 


Alamak tertutup mata pulak

Lavender tak banyak lagi.. kalo nak cun datang mid dec





Memang wangi bau lavender ni





Goodies

Dried lavender







Okay dah dekat sejam kami di Wanaka Lavender Farm, kami teruskan perjalanan utk ke Twizel pulak. Tujuan adalah untuk merasa sendiri fresh salmon yang dorang bela di High Country Salmon, Twizel. Jarak perjalanan ke sana adalah lebih kurang 134km (1hr 33min). Di sana korang boleh feed the salmon, lepastu boleh beli pelbagai jenis makanan berasaskan salmon sambil relaks melihat pemandangan di kawasan sekeliling tu. Kedai dibuka bermula pukul 8am-6pm. Rasa perjalanan sungguh panjang..sempat la aku terlelap jap hehe.


Otw ke Twizel, berenti untuk makan di Lake Wanaka kejap. Ada banyak tempat duduk berbumbung di situ. Gambar lupa nak tangkap ampun

Yuk sambung balik perjalanan. 

Dari Wanaka ke Twizel, korang akan melalui Lindis Pass. Time ni aku da tertido xhengat dunia. hehe

Nampak rumput kuning cemni maknanya dah sampai Lindis Pass

Bentuk muka bumi New Zealand yang cemni buatkan aku ralitt dan seterusnya zzZzz

Tangkap gambar jap dekat Lindis Pass.. perjalanan dari sini ke Twizel lagi 58km

Jeng2 dah sampai High Country Salmon, Twizel



Suasana dalam kedai

Luar kedai



Tu dah nampak bayang ikan salmon. Itik pun banyak

Feeding the salmon

Sapa peminat salmon boleh melantak makan sepuasnya.hihi wasabi n soy souce foc boleh amik di sebelah kaunter bayaran. This. Is. Really. Good!

Excellent salmon from extremely clear water in NZ. Saya pilih sushi dan smoke sashimi salmon

Senarai menu sekali harga..rambang mata jap nak mamam apa. Menu lain seperti salmon pie, salmon burger, salmon chowder etc. Nak beli seketoi ikan salmon utk balik masak di rumah pun boleh.

Espresso satu 

Lori di NZ nampak unik n garang laa



Selepas hampir sejam setengah di High Country Salmon, kami meneruskan perjalanan ke guesthouse yang juga terletak di Twizel iaitu Twizel Holiday Park. Jaraknya hanya 5.1km sahaja. Kami booked melalui booking.com dan bayar cash di kaunter. Harga bagi 1 malam ni Holiday Park ni adalah NZD 285.00 n pada pendapat saya rumah tu sangat bersih, ada 4 bilik yang boleh memuatkan 9orang dan lengkap.


Okayy udah sampeii

Lepas urusan check-in kami naik kereta semula utk ke guesthouse. Kawasan dia besaq n guesthouse kami berada lebih kurang 700 meter dari tempat check in

Ni ha guesthouse kami

Sampai je guesthouse, kami memulakan sesi memunggah barang dan segala beg. Kami mandi dan solat terlebih dahulu. Waktu menunjukkan lebih kurang jam 6 petang, so kami ambil keputusan untuk ke Ahuriri River untuk berjumpa dengan pokok lupins yang banyakkkk. Ahuriri River ni merupakan salah satu tempat yang paling banyak lupins selain dari di Tekapo. Jarak dari guesthouse ke Ahuriri River dalam 25 minit dan kalau nak tengok lupins, sangat berbaloi untuk datang ke sini. Jom layan gambar2..

Nak cari guesthouse/hotel area Twizel boleh guna search box bawah ni ya.



Booking.com



Hang on, I know this place..it is called heaven on earth!







Bajet je hihi

Ajim n Ina ;)

Lupins..beautiful nz with its bursts of purple, lilac n pink

NZ ur beauty and endless fields of these flowers never ceases to amaze me









Waktu telah menunjukkan jam 8.10 malam, kami perlu ucap selamat tinggal pada kecantikan tempat ni. Goodbye Ahuriri River! till we meet again.. Kami gerak pulang dan tiba di guesthouse pada pukul 8.40 malam. Di sebelah malam ambil kesempatan untuk tangkap gambar bintang di belakang kawasan rumah since Twizel pernah diiktiraf sebagai 'International Dark Sky Reserve' di mana bermaksud kawasan tersebut telah dikawal 'light pollution' nya.Bila suasana sangat gelap, bintang2 kelihatan sangat jelas. It is one of the best stargazing sites on earth!




Time lebih kurang pukul 11 malam. Ni belakang guesthouse

Boleh baring nikmati bintang2..kami xbuat sebab sejuk tak tahan huhu



Tamat lah hari ke-4 kami di Twizel, New Zealand. Nantikan sambungan hari ke-5 di Mount Cook, Lake Pukaki dan juga Lake Tekapo. Stay tuned n see ya! Assalamualaikum..

-AJIMINA-

1 ulasan:

  1. assalamualaikum..boleh share itenary NZ.. percutian awk membuat sy teruja..nak plan bw family ke sane.. boleh email ke min_saa86@yahoo.com

    BalasPadam